Tuesday, August 3, 2010

Lambaian Ramadhan al-Mubarak


Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).

Hakikatnya ialah kita dipilih oleh Allah Taala sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini. Oleh sebab itulah maka bersyukurlah di atas kesempatan yang telah diberikan oleh Allah Taala ini untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga rakan2 ku sekalian dan semua umat islam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesederhanan dan kesedaran. Tak perlu lah kita membazir pada waktu ber buka ouasa dengan begitu banyak juadah sehingga tidak habis makanan2 lalu dibuang begitu sahaja..

No comments:

Post a Comment