Monday, March 14, 2011

Alter Bridge



Alter Bridge ialah sebuah kumpulan hard rock iaitu berbunyi seperti dicampurkan bersama dari rock klasik 1970-an dan hard rock kotemporari. Ia ditubuhkan oleh Mark Tremonti (bekas pemain gitar utama dari Creed), dan band ini juga terdiri dari Brian Marshall (basis asal untuk Creed), Scott Phillips (bekas pemain dram dari Creed), dan Myles Kennedy (vokal utama, gitar, dan dahulunya dari(The Mayfield Four).

Alter Bridge mengeluarkan album sulung mereka One Days Remains pada 2004, dengan single pertama Open Your Eyes, di mana telah diikuti oleh Find The Real, dan Broken Wings. Selepas itu mereka telah menghasilkan album seperti Blackbird dan juga Alterbridge III. aku ter lalu meminati band ini khususnya untuk album Alter Bridge yang 1st...lagu2 die layan sungguh and petikan giyar dari Mark Tremonti begitu mengagumkan

Juara All England 2011



BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.

Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.


Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.