Thursday, August 26, 2010

Cekodok Taugeh

satu bende kalau time kat rumah aku kt sg buloh,bende yg aku x brape suke makan ialah cekodok taugeh yg abah aku buat..aku x suke bukan sebab abah aku yg masak, tapi sebab taigeh yg ade dalam cekodok tue....kalau taugeh tu d masak goreng je ke, x pun campur dalam masakan mee goreng ke aku memang suke..tapi bile dah d campur ngan tepung pastu wt cekodo..kurengg la skit kan...

**MercUnAN**

raya tahun nie aku spent lebih kurang RM100 untuk beli mercun n bunga api...bunga api tu bukan la untuk aku,tapi untuk adik aku mizi@miji...aku beli mercun n bunga api ni dari member aku kt segamat nie,skali skale blanje adik2 aku kan apela salahnye..lebih2 lagi time puase2 nie,banyak opahala aku kan hehehe...so, lepas je si mizi ni tau aku beli bunga api untuk die,bole d katakan setiap hari gak la die call aku n tanye bile aku nak balek umah sg. buloh...tapi tu la,bile maen bunga api or mercun ni, kite kene la hati2 err..

hery vs ulat

pehhhh....last nite mase pas aku n madas balik smayang dari smayang terawih,ktorg cm biase r..lepak2 sambil membangkitkan isu-isu semasa..hehhe,cam poyo je bunyi die kan..pas tu aku g r dapur umah sewa aku tu,sambil ngah minum air tu, lobang idung aku ni terhidu bau bauan yang x berape nak menyenangkan hati n perasaan aku...aku tanpe perasaan was-was n syak wasangka terus tengok kat bakul sampah..fuuyyyooooo!!!!!banyaknye ulat...ni jenis ulat yg kaler putih n cam heli2 je tue..aku pn berfikir sejenak sambil meminta bantuan n idea arol..bincang punye bincang,last2 aku kene sorang2 je bertarung ngan ulat2 nie...yerkhh!!bau die,nauzubillah...busuk giler..tp berbekalkan keyakinan n kekentalan hati nie,aku setelkan sorg2 je...perang punye perang,last2 mesti la hero menang kan..hehehe

Thursday, August 12, 2010

..faDhiLaT sOlaT sunat TERAWIH..

Sayidina Ali Abi Talib r.a telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w tentang jawapan Baginda s.a.w ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan Solat Tarawih pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Baginda s.a.w bersabda (maksudnya):

Malam Pertama
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana bayi yang baru dilahirkan

Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua-dua ibu bapanya

Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, dan mendoakan agar Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

Malam Keempat
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam Kelima
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang menunaikan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid al-Aqsa

Malam Keenam
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya

Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta membantunya menentang Fir’aun dan Hamman

Malam Kelapan
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s

Malam Kesembilan
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam Kesepuluh
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat

Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan

Malam Kedua Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya

Malam Ketiga Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan

Malam Keempat Belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya, serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya

Malam Kelima Belas
Para malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan bersolawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya

Malam Keenam Belas
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Malam Ketujuh Belas
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi

Malam Kelapan Belas
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah! Sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atasmu dan ke atas kedua-dua ibu bapamu.”

Malam Kesembilan Belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

Malam Kedua Puluh
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh

Malam Kedua Puluh Satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya

Malam Kedua Puluh Dua
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut

Malam Kedua Puluh Tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

Malam Kedua Puluh Empat
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun beribadat

Malam Kedua Puluh Lima
Dilepaskan dari seksaan kubur

Malam Kedua Puluh Enam
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun beribadat

Malam Kedua Puluh Tujuh
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat

Malam Kedua Puluh Lapan
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat

Malam Kedua Puluh Sembilan
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur

Malam Ketiga Puluh
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

Thursday, August 5, 2010

Kepala ku Botak..

dah nak dekat sebulan gak la aku tangguh2 nak potong rambut aku nie..aku potong botak nie sebab aku ber naza aritue, so naza pn dh ter capai kene la bayar naza aku ni kan...tapi, aku nye ehem ehem(hehehe) x bagi aku botak nie sebab die x brape suke tengok kepale aku ni cam kosong je kan.. tapi nak wat camne, still la kene botak gak walau pn ade orang yg touching2 hehehe..eemmmm..yang bestnye bile botak nie, kite dah x payah2 nak g tenung cermin tu lame2, kalau dulu tu nak sikat rambut je dh 2 3 minit, tapi skarang dh x yah wt pape dh...biar kn je, xde ape2 effect pn kalau tatap rambut tu lame2 kn..so aku saran kan sape2 yg dh riomas ngan rambut dorang, pegi je kedai pastu mintak amoi tu potong kasi botak heheheh.....

Tuesday, August 3, 2010

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN

1.Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

2.Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

3.Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

4.Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

5.Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).

6.Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

7.Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Lambaian Ramadhan al-Mubarak


Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).

Hakikatnya ialah kita dipilih oleh Allah Taala sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini. Oleh sebab itulah maka bersyukurlah di atas kesempatan yang telah diberikan oleh Allah Taala ini untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga rakan2 ku sekalian dan semua umat islam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesederhanan dan kesedaran. Tak perlu lah kita membazir pada waktu ber buka ouasa dengan begitu banyak juadah sehingga tidak habis makanan2 lalu dibuang begitu sahaja..

Senyumlah Ahai cek mek molek..

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi...
memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS(MOUSE)??
HEBAT!!!!
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... . ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..lalu ku bertanya,
"kau..kentutkan? "

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; danapabila selesai berdoa,
jikakegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil elektrikmu...huhuhu

For tHe 1st TiME i be A BLoGgeR

ini adalah kali pertama aku join acara2 blogger nie..this is my 1st timer as a blogger, kire aku skarang ni xde la di kire ketinggalan zaman sangat kan.. Aku buat blog ni pun sebab ini adalah salah 1 assignment subjek yg aku amek sem nie.. So bole dikira aku ni di paksa la joint komuniti2 blog nie, tp bile d fikirkan balik banyk kelebihan nye bile aku dipakse buat bende2 camnie..kalau x sampai bile aku nak jadi cam "katak d bawah tempurung kan", n dgn blog2 nie aku bole la tau satu perkara n pengetahuan yg baru.. lagi pn skarang ni kn zaman IT, banyak kelebihannye kalau kite joint bende2 IT nie.. Lagi satu, skarang ni melalui blog2 nie la orang zaman sekarang ber bisnes kn..at the same time kite bole cut cos kite bile kite buat bisnes gune blog nie, kite bole cut cost transportation, cost advertising, n orang bole tau bisnes kite secara x langsung bile diorang pn online skali.. So aku appreciate gak la ape yg lecture aku try ajar kt student2 die, lecturer aku nak every week ktorang dh update ngn 5 post.. So aku pn ngah rajin2 la nie mengepost kan dengan banyaknye..hehehe

Penghujung Part 6 DIploma

ku tatap wajah mu di jendela
hati ku kenang kisah lalu,
mungkin saatnya telah tiba
perpisahan diantara kita

mungkin terlanjur pada kata
tapi kisahnya hanya seketika,
pintu yang luas kau rapi kan
seolah sangkar yang rapuh tidak berpenghuni lagi,
kala kau tinggalku aku termangu sendiri
kau terus pergi..

ku rasa
gerimis lebih menyenangkan dari hujan
ku rasa
berjalan lebih menyenang kan dari berlari
tapi itu hanyalah sebuah mimpi
yang hanya akan hilang
bila mentari pagi muncul kembali..

kala kau tinggal ku aku menangis sendiri,
kau terus pergi..



lirik ni aku tulis dengan bantuan chef kt umah sewa aku akarang nie..time aku tulis ni dah dekat2 nak ujung sem part6..sedey gak la kan time tue, so terhasilah satu lirik..aku bukan nye panda sangat pun menulis lirik ni, juz isi mase lapang jerr..

..S.M.K. BUKIT GADING..

Sekolah Menengah kebangsaan Bukit Gading atau dikenali sebagai SMKBG telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama asalnya "Darjah Menengah Kuang". Aku dulu skola kt sini r dr form 1 sampai la form3, skola ni jauh gak la dari umah aku... Awal penubuhan sekolah ini mempunyai 74 orang pelajar di tingkatan 1 & 2 dengan tenaga pengajar seramai 5 orang..Time tu SMKBG, hanya menumpang bangunan SRK Kuang sehingga tahun 1976,time aku skola rendah dari darjah 3 sampai la pertengahan darjah 6 aku skola kt SRK Kuang ni la.. Pada tahun 1977, SMKBG telah mendapat bangunan sendiri, yang terletak di KM 26, Sungai Pelong dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Kuang. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan dua tingkat (Blok A dan Blok B)..
Pada tahun yang sama juga, kelas tingkatan 3 telah diwujudkan dan untuk kali pertamanya peperiksaan SRP telah diadakan. Kelas Peralihan pula mula diwujudkan pada tahun 1973.. Pada tahun 1979, Blok saintis muda (Blok C), telah dibina, dan namanya sekali lagi ditukar kepada, Sekolah Menengah Bukit Gading. Pada Tahun 1984, pejabat sekolah telah diubahsuai, Balai Budaya (dewan) juga turut dibina berserta bilik mesyuarat guru.. Lagu sekolah yang pertama, telah dicipta pada tahun 1984, hasil ciptaan En. Hamid (Nazir Sekolah) dan lirikya dicipta oleh Noraini Ali yang merupakan pelajar SMKBG.. Pada tahun 1986 2 buah blok 2 tingkat (Blok D dan Blok E) telah didirikan bagi menampung pertambahan pelajar. Kemudian pada tahun 1995, 2 blok bangunan kilat (Blok F dan Blok G) telah didirikan.
Pada 1998 pula, sebuah bangunan 3 tingkat dan sebuah bilik kebal telah dibina. Pihak pentabdiran sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya mendirikan sebuah surau bernilai RM 60,000 pada tahun 1987. Surau ini kemudiannya telah dinaikkan taraf akhir tahun 1999 bagi menampung pertambahan pelajar dan guru yang telah mencapai jumlah seramai 2500 orang.. Dan seterusnya SMBG terus berkembang maju, memacu kemajuan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.. haaa, tu la die serba sikit pasal skolah menengah aku, tu skola sampai form 3 je.. Kalau nak tau next skola aku, tunggguuuuuu....hehehe

..German National Football Team..




The German national football team (Die deutsche Nationalmannschaft) represents the German Football Association (Deutscher Fussball-Bund) in international football competitions since 1908. After 1949, during the Cold War, East Germany fielded its own team, while the DFB team represented West Germany. Since the former East German states joined West Germany in the German reunification of 1990, the team has been reunited as Germany.

Germany has been one of the most successful European national teams at international competitions, having won a total of 3 World Cups and 3 European championships. The East German team also won an Olympic title in 1976.

The current coaching staff of the national team include head coach Joachim Löw, team manager Oliver Bierhoff and goalkeeper coach Andreas Kopke.


World Cup

Germany has won the World Cup 3 times, behind only Brazil (5) and Italy (4). It has finished as runners-up 4 times, 2 more than any other team. In terms of semi-final appearances, Germany leads with 11, one more than Brazil’s 10. Germany has also qualified for every of the 16 World Cups it has entered. It did not enter the first competition in Uruguay 1930 and was barred from entering the 1950 tournament after World War II.




Record
1930 – Did not enter
1934 – 3rd place
1938 – Round 1
1950 – Banned
1954 – CHAMPIONS
1958 – 4th place
1962 - Quarterfinals
1966 – Runners-up
1970 – 3rd place
1974 – CHAMPIONS
1978 – Round 2
1982 – Runners-up
1986 – Runners-up
1990 – CHAMPIONS
1994 - Quarterfinals
1998 – Quarterfinals
2002 – Runners-up
2006 – 3rd place

Monday, August 2, 2010

SULUNG DARIPADA SI SULUNG

Aku ni merupakan cucu sulung sebelah abah aku, abah aku lak ialah yang sulung di antara adik beradik n sepupu die..so aku ialah sulung daripada yang sulung la kan..disebabkan aku ni cucu yang sulung, dari dulu sampai la skarang ni, bukan jeparents aku yg amek tau pasal pelajaran aku..makcik n pakcik aku pn sibuk nak tau pasal perkembangan semase aku nye study.. Mencabar gak la bile jd cucu yg 1st nie kn, sebab aku mesti score dlm aku nye study sebab xnak malu kn parents aku..nasib baek la aku ni mase skola dulu pandai gak la,..kire aku ni bole d katakan role model or bench mark la d kalangan sepupu2 aku hehehe..mcm artis pn ade bile aku d jadikn role model kn, bangge gak la..hahahaha..tapi pressure gak idup camni sebab aku kene sentiase perform je takut dapat result teruk..pastu ape yang aku buat sume dorang nak amek tau, mcm la aku ni anak dorang gak..so stiap bende yg aku buat aku kene amek tau pasal akibatnye, hopefully semuanye kearah positive la takut nanti makcik n pakcik aku ni fikir yg bukan2 lak..aku nye study agak menurun time aku form 4 and 5..mase tu aku study pn maen2 je, x bersungguh-sungguh walaupun aku tau aku nak gjawab paper SPM..tp nasib baek la aku nye result sume lulus n dapat sambung belajar kt UiTM.. Alhamdulillah..so skarang ni aku kene focus ngan aku nye study untuk diri aku, family aku n semua insane yang tersayang….amin.

AKU.KACAMATA.4MATA.CERMINMATA

Aku ni kire boleh d kata kan dah senior gak la dalam arena cermin mata nie..aku start pakai cermin mate mase aku darjah 4, kire time aku kecik2 dulu aku xpuas hidup tanpa cermin mata..start je aku pakai mase aku darjah 4,sampai la aku degree nie aku x pernah hidup tanpa cermin mata kecuali time tido(tu pn kekadang tido terpakai cermin mate gak). X kira la aku ngah wt ape pn, aku g maen bola ke, mandi ke, makan ke, ngah cat rumah ke, ngah masak ke, wt ape2 jela kn, aku msti pakai cermin mata aku..setelah hamper 13 tahun dalam berkecimpung dalam arena cermin mata nie, aku pn dh x ingt brape banyak cermin mate yg pernah aku ade..mojoriti sebab kenape aku tukar cermin mate baru ialah ‘PATAH’. Mcm care cernmin2 mate aku ni bole patah, ade yg time tdo aku lupe nk bukak, pastu esok bgn2 je dh patah ade yg patah time maen bola la, ade yg aku terpijak la n ade gak patah sebab adik aku yg patah kn..aku slalu takut nk bg tau kt mak yg cermin mate aku patah,sebab nanti forsure kene membebel dulu baru dapat cermin mate yg baru…orang kate sape yg pakai cermin mata nie ialah seorang ulat buku.. Yeke mcam tue?? Sebab kn statement tu, time aku kecik2 dulu aku bangga gak la bile aku pakai cermin mate nie hehehe.. Orang slalu kate aku ni mesti rajin bace buku n mesty study sampi tgh mlm sebab tu aku rabun, padahal aku x la serajin yg dorang sangkakan..tp rajin gak la..hehe..sesape yg ade petua mcm mane nk ilang kn rabun aku ni, bg tau la kt aku er…

HYFAMOTHERY GUITAR

Korang yang minat maen gitar tu kn,penah ke dgr brand gitar nie??? Memang x de pn gitar name ni, tp ade la sorang makhluk tuhan yg bagi aku gitar siap ade tulis Hyfamothery tue.. sbenarnye gitar ni angel aku yg bagi(angel konon hehehe) time birthday aku aritu.. aku minat gak ngan muzik nie, tp x de la pro mane pn juz hoby untuk isi mase lapang je..

gitar ni la yg slalu teman aku time aku keseorangan kt umah, time boring2 aku pn maen la mane2 lagu yg aku tau..layan blues sorang2 cewah!! Lagu yg slalu aku maen slalunye lagu aku sendri, lagu bodo2 je.. juz a simple chord n lyrics yg nth ape2 pastu aku nyanyi r sorg2...event kalau kekedang tu aku buat melodi2 yg best(bajet2 best la kn haha), tp esok lusa aku dh lupe dh cmne melodi lagu yg aku buat tuee..aku ni ade penyakit lupe kowt..nth la, itu la kekurangan aku.. pastu feel die mesti la lebih bile gune gitar yg orang bg kn, tu kenkadang berangan sorang time men gitar sampai pg buta baru tido...hanya kerana sebuah gitar, aku boleh leka sampai berjam2… Kenape name gitar tu camtu,korang x yah tau lar,rahsia lorr...hehehe

HELICOPTERKU

Aritu aku g umah kawen member aku kt J.B..time on the way nak balik segamat, nth mcm mane aku n Arol ter planning nak g singgah Air Hitam.. Orang kate kt sini banyak jual2 pasu bunge, n arwah wan aku dulu kalau pn slalu gak g Air Hitam beli pasu..so ari tu ktorang pn g la jenjalan kt situ..time jenjalan tu aku Nampak satu kedai jual remote control helicopter, aku pn prangai cam bebudak skit..suke bli permainan hehehe..kt situ harge die RM65, slalu aku tgk kt K.L harge die RM100 lebih wooo..aku pn ape lagi,aku sebat skali 2 helicopter, 1 untuk aku n 1 lagi untuk adik aku.aku nyer kaler merah, adik aku nyer kaler kuning...tp nti aku bg kt adik aku prikse akhir tahun nanti la, bajet2 bg hadiah la kn..tp aku bukannye retisgt maen helicopter ni,asek terhempas je..nasib baek benda ni tahan lasak..aku seru korang pun beli la helicopter ni,nanti bole kite maen same2 kn kn kn..hehehe….

WHE 5808

Ape tue?? Ni la surat beranak kekasih hati aku yg baru hehehe..walau pun ni bukan kereta baru,juz 2nd hand tapi aku tetaap menghargai nya n jage die cam kereta baru. Orang slalu tanye.”knape beli kancil je,nape x beli kreta besar skit??” jawapan die simple je, ini sume sebab cost. Kalu nak cari krete 2nd hand yang laen, dh tentu2 harge die lg tinggi kn..so cukup la sekadar seekor kancil kn..bak kate org,”kecil2 cili api”hahaha..emmm,this is my 1st car,tp sbelum ni aku ade krete gak tp juz remote control car jela mase kecik2 dulu..thanx to my parents abah n emak coz menaja pembiyaan kereta ini,susah2 dorg cari duit.. Tp cam biase lah,setiap pemberian dr mak n abah mestilah diorang nak balik pulangan nye kn, mcm system barter gak la.. Tp sebagai balasan, dorang juz mintak aku belajar dengan penuh feeling je..so kene la aku more work hard in study kn..ahhhh, yg penting aku da ade krete yg bole bawak aku g clas, g makan, g balik umah,g dating n mcm2 lg la..i love u kancil WHE 5808….

KENAPA JEMENTAH??

“Kenape Jementah??” tu la antara soalan yg banyak orang Tanya kt aku time aku wt keputusan nk duduk umah sewa kt jementah. Peik sangat ke bile aku pilih nk duduk kt Jementah nie?? Dorang kate kt Jementah nie xde feel bila tinggal kt sini. Kat Jementah xde Mc D, KFC, Pizza Hut, jauh dr Bandar la, senang kate serba serbi x lengkap laa..tp aku lebih senang duduk kt jementah sebab environtment die yg nyaman n x sibuk. Kalau la duduk kt Bandar Segamat sane, bole d katakn agak busy gak tempat die.. Pagi2 time nak g kelas dah jemm, kalu kt Jementah x mcm tue..Ktorang g Clas Pagi2 relax je, tenang tanpa ade gangguan trafik di sana sini..Lagi pn aku ni bukan la orang yg gile sgt makan makanan fast food nie, xdpt makan McD sebulan pn aku relax je..aku lg prefer masak sendri kt umah, bole cut cost sara hidup yg tinggi nie n bole la blajar2 masak ngn member2 serumah aku yg lain..bayang kan, bile kite masak sendiri kt umah, dengan cost hanya RM2.50 kite bole mkn sepuas-puasnye..kn berbaloi namenye tue,tp aku bkn pandai masak sgt pn..slalu member aku yg masak, Chef Madas(bukan name sbenar) yg slalu masak, aku juz tolong2 gitu jer..